Wednesday 30 December 2015

PERSIDANGAN DAYA eUSAHAWAN KEBANGSAAN 2015

Assalamualaikum..! :)


Pada 25 November lepas, aku merupakan antara pelajar yang terpilih untuk hadir ke kursus Persidangan Daya eUsahawan Kebangsaan 2015 di KL.  Masa tu seronok tu takde sangat sebab fikir penat je.  Sampai je poli, kena daftar asrama tu semua, terus naik bas pergi.  Polisas hantar wakil dalam 14 orang gitu termasuk pensyarah. Boleh dikatakan waktu bas  mula bergerak semua bising potpetpotpet mak aihh..hanya Tuhan yang tahu betapa senyapnya bas selepas setengah jam kemudian bila semua dah tidur.

Check in GRAND CONTINENTAL HOTEL
Dekat maghrib baru dapat rehat sebelum kami keluar dengan pensyarah malam tu. Alang-alang dah datang kena la jalan-jalan.  Masa itu emas yaaa. Sebab shopping & cuci-cuci mata ni takde LANGSUNG dalam tentatif program, jadi kami pun apa lagi mula la buat hal naik teksi merayau-rayau dengan pensyarah kami Puan Jeje.


See! See! Siapa yang siap dulu mekap!

Cantik sangat uuuuuuuuuu



SALE! SALE!! akak ini sorang degil duk bergambar atas ni.

Program yang melibatkan usahawan ini banyak dihadiri beberapa orang yang terkenal seperti Fizo Omar, Mahadi BZ, Dr. Azizan Osman, Dato Aliff Shukri, Millionaire Sisters & Irfan Khairi. Dato Vida je dok mari hahaha. Memang banyak sangat info penting sepanjang berada kat situ, jadi x sia-sia lah kan pergi walaupun penat. :)  

Pensyarah kita Puan Jeje :)


Nak jugak upload gambar ni. Kenapa jadi macam ni kenapa kenapa kenapa. Sampai hari ini aku tak dapat terima kenyataan gambar ni kabur dan mengalami penyakit suka termenung.


Tapi memang jenis tak berputus asa. macam ni lah. Kejar dato. Kejar sampai dapat.


Sebelah malam pula ada dinner dalam pukul 8 lebih.  Memang dah bawak baju siap-siap sebab masa memang dah suntuk.   Pengacara majlis malam tu tak silap kumpulan Bocey dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan Malaysia Khairy Jamaluddin. DAN! Caliph Buskers datang buat persembahan mak aihhh suka suka sukaaaa. :')


 

Hari last pun takde apa sangat.  Habis-habis program terus balik. 




Okay my peberet potooo!

Kereta warna warni milik si diaaaaaaaaa Dato Mahadi Bz.

Ok Bai!

No comments:

Post a Comment