Wednesday 30 December 2015

PERSIDANGAN DAYA eUSAHAWAN KEBANGSAAN 2015

Assalamualaikum..! :)


Pada 25 November lepas, aku merupakan antara pelajar yang terpilih untuk hadir ke kursus Persidangan Daya eUsahawan Kebangsaan 2015 di KL.  Masa tu seronok tu takde sangat sebab fikir penat je.  Sampai je poli, kena daftar asrama tu semua, terus naik bas pergi.  Polisas hantar wakil dalam 14 orang gitu termasuk pensyarah. Boleh dikatakan waktu bas  mula bergerak semua bising potpetpotpet mak aihh..hanya Tuhan yang tahu betapa senyapnya bas selepas setengah jam kemudian bila semua dah tidur.

Check in GRAND CONTINENTAL HOTEL
Dekat maghrib baru dapat rehat sebelum kami keluar dengan pensyarah malam tu. Alang-alang dah datang kena la jalan-jalan.  Masa itu emas yaaa. Sebab shopping & cuci-cuci mata ni takde LANGSUNG dalam tentatif program, jadi kami pun apa lagi mula la buat hal naik teksi merayau-rayau dengan pensyarah kami Puan Jeje.


See! See! Siapa yang siap dulu mekap!

Cantik sangat uuuuuuuuuu



SALE! SALE!! akak ini sorang degil duk bergambar atas ni.

Program yang melibatkan usahawan ini banyak dihadiri beberapa orang yang terkenal seperti Fizo Omar, Mahadi BZ, Dr. Azizan Osman, Dato Aliff Shukri, Millionaire Sisters & Irfan Khairi. Dato Vida je dok mari hahaha. Memang banyak sangat info penting sepanjang berada kat situ, jadi x sia-sia lah kan pergi walaupun penat. :)  

Pensyarah kita Puan Jeje :)


Nak jugak upload gambar ni. Kenapa jadi macam ni kenapa kenapa kenapa. Sampai hari ini aku tak dapat terima kenyataan gambar ni kabur dan mengalami penyakit suka termenung.


Tapi memang jenis tak berputus asa. macam ni lah. Kejar dato. Kejar sampai dapat.


Sebelah malam pula ada dinner dalam pukul 8 lebih.  Memang dah bawak baju siap-siap sebab masa memang dah suntuk.   Pengacara majlis malam tu tak silap kumpulan Bocey dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan Malaysia Khairy Jamaluddin. DAN! Caliph Buskers datang buat persembahan mak aihhh suka suka sukaaaa. :')


 

Hari last pun takde apa sangat.  Habis-habis program terus balik. 




Okay my peberet potooo!

Kereta warna warni milik si diaaaaaaaaa Dato Mahadi Bz.

Ok Bai!

Monday 27 April 2015

AKU GILAKAN ANAK ORANG

Assalamualaikum.

Nah akhirnya boleh jugak curi-curi masa nak update blog.  Sibuk tu sibuk ni sampai takde masa nak peduli kat blog ni.  Nampak sangat menipu padahal dah lama habis praktikal tapi mengalahkan orang sibuk macam baru nak jadi menteri.  Bukan ada apa sangat pun nak cerita kali ni.  Cuma nak bagitahu yang serius aku dah gilakan anak orang.  Siang malam aku teringatkan si budak ni je.  Mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur tak lena.  Cis.  Sampai macam tu sekali aku jadi obses kat anak orang.

Okay nak dijadikan cerita, aku obses kat ANAK SAUDARA aku sendiri.  Sejak dah jadi makcik kepada dua orang anak buah ni rasa macam hidup dah berubah 100% gitewwww.. Rasa hidup macam dah lengkap, dah sempurna. Dah cukup bahagia dengan kehadiran cinta hati. Kahkahkah! Gila punya orang!  Macam dah jatuh cinta kat laki orang pulak hai.

Jadi tibalah masa nak tunjuk sikit anak-anak saudara aku ni.  Dua-dua lahir bulan 1, sama bulan dengan makcik dia ni.  Nak lagi rare, bukan makcik.  Aku gelar diri aku kat budak-budak tu sebagai ibu.  Entah.  Tak tahu.  Over sikit sebab first time jadi makcik kan. Kaklong aku selamat lahirkan baby boy, abang kandung aku pula dapat baby girl.  Sama tahun, sama bulan.  Sepasang. :)



Oraitt.  Ni dia cucu sulung keluarga akuu.  Muhammad Fatih bin Nasrul Sharman :)




Mata dia pakai contact lens neelofa punya. Kejap, ada lagi penting.  Perasan tak muka baby Fatih macam matahari teletubbies?? Hehehehe.  Tak caya ke. Sat.





Tak pergi mana pun.  Google matahari teletubbies je.  Sama tak sama tak.




Ni anak saudara kedua, lahir sebulan lepas Fatih.  Nur Iman A'Syadieeyah Binti Abd Malik :)
Iman manis-manis gitu sesuai dengan nama dia.  Mestilah aku puji anak saudara aku sendiri. 




Seksi. tingtongggg




Gambar seminggu sebelum Fatih dilahirkan tak silap.  Dengan mama Iman tak sempat ambik, :(  



Jadi tulah ceritanya.  Sorang laki sorang perempuan.  Okeylah tu kan.  Tahun depan In Shaa Allah tambah lagi ya kakak dan abangku. Aminnnn :)

Monday 12 January 2015

KENAPA WANITA MUDAH CEMBURU?

"Kalau you nak sangat perempuan tu, jangan cari I dah lepas ni okay!"


Okay. Semua dah biasa dengar ayat power tu.  Memang tak dapat disangkal lagi yang perempuan ni tak dapat dipisahkan dengan cemburu.   Pernah terfikir, ada ke perempuan dalam dunia ni yang terlalu baik sampai tiada rasa cemburu.  Kalau ada, mungkin sikit.  Tak banyak.  Yang beza cara kita kawal cemburu dalam diri masing-masing.  Tapi bila dah cemburu, pernah tak kita rasa letih sangat-sangat nak hadapi semua tu?  Hahhh.  Yang paling takleh blah mestilah bila cemburu sebab pasangan wak hal.  Siapa yang suka wak macam ni? Bila cemburu sah-sah menangis. Lepas tu kononnya nak lebih feeling tangan mula merayap bukak mp3 cari lagu jiwang-jiwang. Mak oooiii habis jiwang time tuh. Macam aku.  Over! :')

Jadi apa punca sebenarnya perempuan ni mudah cemburu?  Eh, tak.  Lelaki pun boleh cemburu cuma cemburu ni lebih dimonopoli oleh kaum aku la kot.  Kadang-kadang lelaki tanpa sedar boleh buat perempuan cemburu walaupun lelaki tu setia 200%.  Ni antara sebab kenapa perempuan ni suka sangat cemburu.

1)TIDAK SUKA DIBANDINGKAN! 
Nah!  Nombor 1 aku letak bagi kau.  Tanpa sedar ramai lelaki suka bandingkan pasangan dia dengan perempuan lain.  Contoh. "Selekeh la you ni.  Cuba you pakai cantik-cantik macam Lisa Surihani tu.  Ni tak baju sama je you pakai!" Ayat ni dah tentu akan buat perempuan tu cemburu okay.  Sebab terang-terang nampak yang kau tengok orang lain depan dia.  Kalau kau nak pasangan kau berubah, boleh.  Tapi jangan bandingkan dia dengan perempuan lain.  Atau kau terima je kekurangan dia kalau betul kau cintakan dia.

2)PASANGAN KELUAR DENGAN PEREMPUAN LAIN.
Perempuan akan cemburu level 100 bila dia dapat tahu pasangan dia keluar dengan perempuan lain.  Kalau kau dah dapat mintak izin atau inform dekat dia lain cerita, ni kalau dia dapat tahu dari mulut orang lain memang saja nak cari pasal kan.  Masa ni mungkin perempuan ni akan rasa dikhianati sebab pasangan dia tak jujur.  Bila jadi macam ni mulalah jadi masalah cerai macam-macam.  Yang lebih teruk, sikit demi sedikit kepercayaan seorang perempuan terhadap orang yang dia sayang mula hilang.  

3)NAK PERHATIAN.
Ada ke orang macam ni?  Dia cemburu sebab nak perhatian.  Mungkin ada.  Yela kan cemburu tu ada banyak  jenis anak-beranak dia.  Cemburu buta, cemburu sayang, cemburu tengok kebahagiaan orang lain.  Rasanya aku pernah je buat-buat cemburu macam ni.  Contoh.  Ayah aku terlalu manjakan adik bongsu aku yang sorang tu.  Aku pun sengaja la wak mucung mulut macam dah merajuk gitu.  Kononnya nak perhatian sebab aku pernah jadi bongsu gitu.  Betul ke macam tu?  Entah.$#%#$%#^#$  

Menurut aku tu lah antara punca perempuan ni mudah cemburu.  Kalau punca lelaki cemburu tu aku tak pasti sangat.  Nanti kena tanya Aizat Ganu dulu baru boleh wak karangan.  Ni blog aku jadi aku tulis apa yang aku alami sendiri :)  Kalau nak tau lebih-lebih kena pergi google sendiri. Hehehe. Dan aku tinggalkan apa yang aku jumpa tadi untuk kongsi bersama.  Khas untuk wanita jom kita sama-sama amalkan doa bertemu jodoh. :)

:)

And that's the way I loved you 

                                                                                                
                                                                                                           -PINKMARCELLA-

Saturday 10 January 2015

BAHAYA SELFIE!

Assalamualaikum :)
Hari ni dah sebulan lebih praktikal di Politeknik Kota Bharu. Yes, apabila mula menulis tu bermaksud aku takde kerja nak buat.  Duduk dalam ofis sorang-sorang sebab bos cuti, staf lain pun semua cuti. Rasa macam diri ni bos pun ada.  Nak baring kat sofa boleh.  Nak bukak lagu kuat-kuat boleh.  Tak nak buat kerja pun bolehhhhh.  Tapi aku tak lah buat macam tu.  Kerja semua dah setel tu yang aku boleh duk rilek-rilek senang hati. :)

Sebenarnya muncul idea nak tulis pasal bahaya selfie sebab teringat dengan apa yang aku post dekat wechat aku.  Hampir setiap hari aku bukak wechat, ada je kawan aku yang post gambar diorang dekat ofis.  Aku pulak tak boleh nak selfielah sebab bilik bos sebelah ni je ha.  Kalau aku angkat hp ni tinggi-tinggi, lepas tu sengih sorang-sorang, tak ke bos aku tengok nanti.  Tak pasal kena cop gedik. Bos aku baik, bukan bos tak bagi selfie tapi aku maluuu.  Bila selfie kena la senyum, wak muka lawa,  acah-acah candid,  kenyit mata sana, mucung mulut sepanjang yang boleh.  Tak best la selfie wak muka monyok.  Masa tu sedih la tengok geng-geng poli punya la selfie dalam ofis dia, kononnya bos sporting. Ada jugak gambar kenangan semasa praktikal kan. Aku pulak, tiap kali nak selfie kena lari gi dalam toilet. Sakit hati ni.

Tu yang aku nak cerita pasal bahaya selfie ni.  Selfie boleh menyebabkan sakit hati.  Ada macam-macam sakit hati. Yang biasa kita dengar mestila selfie gambar sama, latar belakang sama sampai la kita rasa muka kita dah jadi cantik secantiknya. Padahal muka sama je.  Hahahaha. Bahaya kan? Ni la contoh dia. Kategori selfie yang bahaya.


Hah tengok. Senyum bukan main kan?


\
Nampak senyum tadi kan. Tapi sebenarnya sakit hati tau kena pergi lari tandas nak selfie.


Bukan  tu je okay.  Bahaya selfie juga boleh menyebabkan kita menjadi gembira level 10. Kalau nak lebih faham, SELFIE BOLEH MENYEBABKAN SAKIT MENTAL. Contoh.  Muka ada banyak tompok-tompok tapi bila selfie dengan 360 boleh pulak jadi licin , Muka yang tak putih tiba-tiba jadi putih, yang lebih teruk lagi bila selfie,,,,,,,eh!  Nampak macam Siti Nurhaliza pula! Kan bahaya tu. Semua tu aku dah lalui aku tau lah.  Sebab tu orang cakap manusia takkan pernah puas dengan apa yang dia ada.  Jadi  ni pula contoh kategori selfie gembira level 10+++++ sebab bos takde. :')


Bos takde yeahhhh!! Nak pejam mata bolehh. Nak senyum luas-luas pun bolehhhhh!


Muka nak taknak selfie. Sebab time tu dah bunyi pintu ada orang bukak. Rupanya makcik cleaner terjah aku. UUUUU maluuuuu...  :')