Monday 12 January 2015

KENAPA WANITA MUDAH CEMBURU?

"Kalau you nak sangat perempuan tu, jangan cari I dah lepas ni okay!"


Okay. Semua dah biasa dengar ayat power tu.  Memang tak dapat disangkal lagi yang perempuan ni tak dapat dipisahkan dengan cemburu.   Pernah terfikir, ada ke perempuan dalam dunia ni yang terlalu baik sampai tiada rasa cemburu.  Kalau ada, mungkin sikit.  Tak banyak.  Yang beza cara kita kawal cemburu dalam diri masing-masing.  Tapi bila dah cemburu, pernah tak kita rasa letih sangat-sangat nak hadapi semua tu?  Hahhh.  Yang paling takleh blah mestilah bila cemburu sebab pasangan wak hal.  Siapa yang suka wak macam ni? Bila cemburu sah-sah menangis. Lepas tu kononnya nak lebih feeling tangan mula merayap bukak mp3 cari lagu jiwang-jiwang. Mak oooiii habis jiwang time tuh. Macam aku.  Over! :')

Jadi apa punca sebenarnya perempuan ni mudah cemburu?  Eh, tak.  Lelaki pun boleh cemburu cuma cemburu ni lebih dimonopoli oleh kaum aku la kot.  Kadang-kadang lelaki tanpa sedar boleh buat perempuan cemburu walaupun lelaki tu setia 200%.  Ni antara sebab kenapa perempuan ni suka sangat cemburu.

1)TIDAK SUKA DIBANDINGKAN! 
Nah!  Nombor 1 aku letak bagi kau.  Tanpa sedar ramai lelaki suka bandingkan pasangan dia dengan perempuan lain.  Contoh. "Selekeh la you ni.  Cuba you pakai cantik-cantik macam Lisa Surihani tu.  Ni tak baju sama je you pakai!" Ayat ni dah tentu akan buat perempuan tu cemburu okay.  Sebab terang-terang nampak yang kau tengok orang lain depan dia.  Kalau kau nak pasangan kau berubah, boleh.  Tapi jangan bandingkan dia dengan perempuan lain.  Atau kau terima je kekurangan dia kalau betul kau cintakan dia.

2)PASANGAN KELUAR DENGAN PEREMPUAN LAIN.
Perempuan akan cemburu level 100 bila dia dapat tahu pasangan dia keluar dengan perempuan lain.  Kalau kau dah dapat mintak izin atau inform dekat dia lain cerita, ni kalau dia dapat tahu dari mulut orang lain memang saja nak cari pasal kan.  Masa ni mungkin perempuan ni akan rasa dikhianati sebab pasangan dia tak jujur.  Bila jadi macam ni mulalah jadi masalah cerai macam-macam.  Yang lebih teruk, sikit demi sedikit kepercayaan seorang perempuan terhadap orang yang dia sayang mula hilang.  

3)NAK PERHATIAN.
Ada ke orang macam ni?  Dia cemburu sebab nak perhatian.  Mungkin ada.  Yela kan cemburu tu ada banyak  jenis anak-beranak dia.  Cemburu buta, cemburu sayang, cemburu tengok kebahagiaan orang lain.  Rasanya aku pernah je buat-buat cemburu macam ni.  Contoh.  Ayah aku terlalu manjakan adik bongsu aku yang sorang tu.  Aku pun sengaja la wak mucung mulut macam dah merajuk gitu.  Kononnya nak perhatian sebab aku pernah jadi bongsu gitu.  Betul ke macam tu?  Entah.$#%#$%#^#$  

Menurut aku tu lah antara punca perempuan ni mudah cemburu.  Kalau punca lelaki cemburu tu aku tak pasti sangat.  Nanti kena tanya Aizat Ganu dulu baru boleh wak karangan.  Ni blog aku jadi aku tulis apa yang aku alami sendiri :)  Kalau nak tau lebih-lebih kena pergi google sendiri. Hehehe. Dan aku tinggalkan apa yang aku jumpa tadi untuk kongsi bersama.  Khas untuk wanita jom kita sama-sama amalkan doa bertemu jodoh. :)

:)

And that's the way I loved you 

                                                                                                
                                                                                                           -PINKMARCELLA-

Saturday 10 January 2015

BAHAYA SELFIE!

Assalamualaikum :)
Hari ni dah sebulan lebih praktikal di Politeknik Kota Bharu. Yes, apabila mula menulis tu bermaksud aku takde kerja nak buat.  Duduk dalam ofis sorang-sorang sebab bos cuti, staf lain pun semua cuti. Rasa macam diri ni bos pun ada.  Nak baring kat sofa boleh.  Nak bukak lagu kuat-kuat boleh.  Tak nak buat kerja pun bolehhhhh.  Tapi aku tak lah buat macam tu.  Kerja semua dah setel tu yang aku boleh duk rilek-rilek senang hati. :)

Sebenarnya muncul idea nak tulis pasal bahaya selfie sebab teringat dengan apa yang aku post dekat wechat aku.  Hampir setiap hari aku bukak wechat, ada je kawan aku yang post gambar diorang dekat ofis.  Aku pulak tak boleh nak selfielah sebab bilik bos sebelah ni je ha.  Kalau aku angkat hp ni tinggi-tinggi, lepas tu sengih sorang-sorang, tak ke bos aku tengok nanti.  Tak pasal kena cop gedik. Bos aku baik, bukan bos tak bagi selfie tapi aku maluuu.  Bila selfie kena la senyum, wak muka lawa,  acah-acah candid,  kenyit mata sana, mucung mulut sepanjang yang boleh.  Tak best la selfie wak muka monyok.  Masa tu sedih la tengok geng-geng poli punya la selfie dalam ofis dia, kononnya bos sporting. Ada jugak gambar kenangan semasa praktikal kan. Aku pulak, tiap kali nak selfie kena lari gi dalam toilet. Sakit hati ni.

Tu yang aku nak cerita pasal bahaya selfie ni.  Selfie boleh menyebabkan sakit hati.  Ada macam-macam sakit hati. Yang biasa kita dengar mestila selfie gambar sama, latar belakang sama sampai la kita rasa muka kita dah jadi cantik secantiknya. Padahal muka sama je.  Hahahaha. Bahaya kan? Ni la contoh dia. Kategori selfie yang bahaya.


Hah tengok. Senyum bukan main kan?


\
Nampak senyum tadi kan. Tapi sebenarnya sakit hati tau kena pergi lari tandas nak selfie.


Bukan  tu je okay.  Bahaya selfie juga boleh menyebabkan kita menjadi gembira level 10. Kalau nak lebih faham, SELFIE BOLEH MENYEBABKAN SAKIT MENTAL. Contoh.  Muka ada banyak tompok-tompok tapi bila selfie dengan 360 boleh pulak jadi licin , Muka yang tak putih tiba-tiba jadi putih, yang lebih teruk lagi bila selfie,,,,,,,eh!  Nampak macam Siti Nurhaliza pula! Kan bahaya tu. Semua tu aku dah lalui aku tau lah.  Sebab tu orang cakap manusia takkan pernah puas dengan apa yang dia ada.  Jadi  ni pula contoh kategori selfie gembira level 10+++++ sebab bos takde. :')


Bos takde yeahhhh!! Nak pejam mata bolehh. Nak senyum luas-luas pun bolehhhhh!


Muka nak taknak selfie. Sebab time tu dah bunyi pintu ada orang bukak. Rupanya makcik cleaner terjah aku. UUUUU maluuuuu...  :')