Saturday 10 January 2015

BAHAYA SELFIE!

Assalamualaikum :)
Hari ni dah sebulan lebih praktikal di Politeknik Kota Bharu. Yes, apabila mula menulis tu bermaksud aku takde kerja nak buat.  Duduk dalam ofis sorang-sorang sebab bos cuti, staf lain pun semua cuti. Rasa macam diri ni bos pun ada.  Nak baring kat sofa boleh.  Nak bukak lagu kuat-kuat boleh.  Tak nak buat kerja pun bolehhhhh.  Tapi aku tak lah buat macam tu.  Kerja semua dah setel tu yang aku boleh duk rilek-rilek senang hati. :)

Sebenarnya muncul idea nak tulis pasal bahaya selfie sebab teringat dengan apa yang aku post dekat wechat aku.  Hampir setiap hari aku bukak wechat, ada je kawan aku yang post gambar diorang dekat ofis.  Aku pulak tak boleh nak selfielah sebab bilik bos sebelah ni je ha.  Kalau aku angkat hp ni tinggi-tinggi, lepas tu sengih sorang-sorang, tak ke bos aku tengok nanti.  Tak pasal kena cop gedik. Bos aku baik, bukan bos tak bagi selfie tapi aku maluuu.  Bila selfie kena la senyum, wak muka lawa,  acah-acah candid,  kenyit mata sana, mucung mulut sepanjang yang boleh.  Tak best la selfie wak muka monyok.  Masa tu sedih la tengok geng-geng poli punya la selfie dalam ofis dia, kononnya bos sporting. Ada jugak gambar kenangan semasa praktikal kan. Aku pulak, tiap kali nak selfie kena lari gi dalam toilet. Sakit hati ni.

Tu yang aku nak cerita pasal bahaya selfie ni.  Selfie boleh menyebabkan sakit hati.  Ada macam-macam sakit hati. Yang biasa kita dengar mestila selfie gambar sama, latar belakang sama sampai la kita rasa muka kita dah jadi cantik secantiknya. Padahal muka sama je.  Hahahaha. Bahaya kan? Ni la contoh dia. Kategori selfie yang bahaya.


Hah tengok. Senyum bukan main kan?


\
Nampak senyum tadi kan. Tapi sebenarnya sakit hati tau kena pergi lari tandas nak selfie.


Bukan  tu je okay.  Bahaya selfie juga boleh menyebabkan kita menjadi gembira level 10. Kalau nak lebih faham, SELFIE BOLEH MENYEBABKAN SAKIT MENTAL. Contoh.  Muka ada banyak tompok-tompok tapi bila selfie dengan 360 boleh pulak jadi licin , Muka yang tak putih tiba-tiba jadi putih, yang lebih teruk lagi bila selfie,,,,,,,eh!  Nampak macam Siti Nurhaliza pula! Kan bahaya tu. Semua tu aku dah lalui aku tau lah.  Sebab tu orang cakap manusia takkan pernah puas dengan apa yang dia ada.  Jadi  ni pula contoh kategori selfie gembira level 10+++++ sebab bos takde. :')


Bos takde yeahhhh!! Nak pejam mata bolehh. Nak senyum luas-luas pun bolehhhhh!


Muka nak taknak selfie. Sebab time tu dah bunyi pintu ada orang bukak. Rupanya makcik cleaner terjah aku. UUUUU maluuuuu...  :')


No comments:

Post a Comment